NGO Reformasi SPR lonjak kos pilihan raya

Kamis, 19 Desember 2013 0 komentar


  • Nigel Aw
  • malaysiakini Jun 16 2012
 
Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 telah ditarik balik secara mengejut ekoran bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap pindaan yang dilihat menghalang fungsi pemerhati pilihan raya, tetapi beberapa pihak berkata ada lagi perkara yang telah terlepas pandang.

Ketua kumpulan pendidikan pilihan raya - Tindak Malaysia - Wong Piang Yow berkata ini dapat dilihat dalam lima pindaan terhadap Peraturan Pilihan Raya yang dimulakan sejak Jun tahun lepas manakala yang lain termasuk perubahan prosedur yang mungkin tidak memerlukan pengubahsuaian undang-undang.

Beberapa perubahan adalah positif, seperti penggunaan dakwat kekal, pemansuhan tempoh tiga hari untuk calon menarik diri bagi mencegah rasuah yang mendorong mereka berbuat demikian pada saat-saat akhir dan pembaikan kecil kepada borang pilihan raya.

indelible ink psc 291211Bagaimanapun, satu kebimbangan yang serius, kata Wong, ialah
perubahan prosedur yang memperkenalkan kerani keempat di tempat mengundi, yang ditugaskan untuk memastikan kertas undi dimasukkan dengan betul ke dalam peti undi.

Ini, katanya, akan menaikkan kos pilihan raya pada sekurang-kurangnya RM7 juta, sambil menegaskan bahawa perbelanjaan pilihan raya di negara ini adalah salah satu yang tertinggi di dunia.

"Kita membelanjakan RM172 juta dalam pilihan raya umum lepas, iaitu hampir RM15 (AS$5) bagi setiap pengundi yang layak.
Jika dibandingkan, katanya, di Amerika Syarikat kosnya adalah antara AS$1 kepada AS$3, Australia sekitar AS$3, India dan Pakistan kira-kira AS$1," katanya.

Negara yang mengatasi Malaysia dalam kos pilihan raya ialah Afghanistan tetapi, katanya, ia adalah sebuah negara yang dilanda peperangan.

Menurutnya lagi, berdasarkan kepada latihan pendidikan pengundi yang dikendalikannya, dua orang kerani sudah lebih daripada memadai.
Ini, kata Wong, akan bermakna tambahan 25,000 petugas pilihan raya yang akan layak menjadi pengundi pos.

"Walaupun kita sedang berusaha untuk mengurangkan undi pos kerana rakyat tidak mempercayanya, kini mereka (Suruhanjaya Pilihan Raya) mahu meningkatkan bilangannya," katanya. 

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Komer Blog